Saturday 9 January 2016

WAKTU SESUAI UNTUK RAWATAN GURAH

Rawatan terapi gurah sesuai sekali dibuat pada waktu yang sejuk, nyaman, malam selepas Isyak dan tidak terburu-buru. Kerana pada waktu tersebut pesakit di dalam keadaan yang tenang dan tidak sibuk dengan sebarang aktiviti atau kerja harian. Walau demikian, sekiranya hendak dibuat pada waktu siang hari juga tidak menjadi masalah. 

Penggurahan perlu dilakukan di dalam keadaan yang tenang, nyaman dan santai.  Rawatan agak sukar dibuat sekiranya pesakit di dalam keadaan yang was-was, sakit, stress atau tidak bersedia.

Kekerapan rawatan terapi gurah boleh dibuat mengikut keadaan dan keperluan pesakit itu sendiri.  Jarak tempoh yang baik ialah 3 bulan sekali, 6 bulan sekali, 1 tahun sekali atau maksimum 3 tahun sekali. 

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar gurah terlebih dahulu sekiranya ingin mengulangi rawatan untuk sebulan sekali.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Celaka kamu, jangan kamu bunuh anak-anak kamu. Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india, dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH". Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan  tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut, lalu bayi itu sembuh...(Diriwayatkan dari Abu Ubaidah)  

Nabi Muhammad SAW memuji kaedah perubatan gurah ini sebagaimana disebut oleh Abu Daud dalam sunannya bahawa Nabi Muhammad SAW pun pernah berubat dengan GURAH.

Caj Rawatan: RM50/sesi/seorang

Thursday 7 January 2016

GURAH CUCI SUARA

 30 September 2012   Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
LEBIHAN lendir menyempitkan rongga hidung seterusnya mengganggu kelancaran pernafasan dan penghasilan suara dengan sempurna.

DALAM perubatan tradisional, ada beberapa kaedah pengubatan yang berupaya mengeluarkan toksin secara langsung daripada tubuh sekali gus membuatkan pesakit berasa lega. Antaranya rawatan bekam, resdung dan gurah.

Mungkin ramai yang sudah biasa mendapatkan rawatan resdung dan pernah mendengar ataupun melihat sendiri cara berbekam, namun, rawatan gurah memang jarang-jarang diperkatakan.

Menurut seorang pengamal perubatan gurah, Muhammad Razali Ahmad, 37, kaedah rawatan ini dapat mengeluarkan semua lendir yang ada di hidung dan kerongkong supaya nafas menjadi lebih panjang dan lunak.

“Rawatan ini turut dikenali sebagai rawatan cuci suara. Selain membersihkan hidung dan kerongkong, ia juga dapat menyelesaikan masalah resdung dan simptom kerap bersin terutamanya pada waktu pagi.

“Bagi yang kerap berdengkur, rawatan ini turut membantu pelanggan mengurangkan dengkuran bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

“Begitupun, buat pelanggan yang mahu mengurangkan dengkuran, mereka perlu menjalani rawatan lebih kerap berbanding pesakit biasa, lama-kelamaan, insya-Allah, masalah dengkur mereka akan beransur hilang,” kata Muhammad Razali.

Menurutnya, kaedah rawatan yang menggunakan titisan air rebusan akar kayu terpilih itu biasanya mengambil masa selama 45 minit untuk selesai.

“Pelanggan akan diminta berbaring sebelum air rebusan akar kayu dititiskan ke dalam hidung.

“Dalam masa seminit, tekak pesakit akan berasa sedikit pedih sebelum dia diminta duduk dengan memegang sebuah baldi kecil.

“Beberapa saat kemudian, pesakit secara automatik memuntahkan lendir berwarna putih jernih daripada hidung dan mulut.

“Bagi yang tidak pernah membuat rawatan gurah, ibu kerak yang berwarna kekuningan seperti nanah dan sedikit berbau juga akan keluar bersama,” ujar Muhammad Razali lagi.

Dengan bayaran RM50 bagi sekali rawatan, lendir yang dikeluarkan pesakit akan dipastikan benar-benar bersih sebelum sesi tersebut dianggap selesai.

Antara pelanggan yang sering mendapatkan khidmat gurah terdiri daripada kalangan artis, qari, qariah dan bilal.

Lancar

“Selepas rongga dibersihkan, lontaran suara anda akan berasa ringan serta mantap. Kaedah ini juga mampu merawat penyakit suka berkahak dan resdung yang kerap bersin pagi,” ujar Muhammad Razali.

Katanya lagi, apabila terlalu banyak lendir di dalam kerongkong dan rongga hidung, saluran pernafasan menjadi sempit. Bayangkan jika lendir itu sudah berkumpul di situ bertahun-tahun lamanya, pasti sedikit sebanyak ia menjejaskan fungsi rongga yang dahulunya lapang.

Walaupun tidak memberi kesan sakit secara langsung, kehadiran lambakan lendir di kawasan tersebut   mengganggu kelancaran pernafasan dan suara.

“Kebanyakan pelanggan yang datang mendapatkan rawatan di sini sering mengadu sukar untuk menarik suara dalam nada tinggi ataupun panjang.

“Biasanya apabila sudah terlalu banyak lendir, tidak banyak angin yang boleh memasuki rongga hidung dan kerongkong. Keadaan ini menyebabkan dada cepat mengah dan suara mudah ‘tersepit’.

“Seperti meniup belon, bila kita tiup, ia mampu menyimpan banyak angin, jika kita lepaskan, pengaliran udara yang keluar juga lancar, tetapi jika kita kepitkan jari di mulut belon, pastinya angin susah nak keluar dan bunyinya juga membingitkan telinga, begitu juga kaitan antara rongga yang luas, udara dan suara,” jelas 
Muhammad Razali panjang lebar.

Walaupun banyak manfaat rawatan pembersihan kerongkong dan rongga hidung ini, pelanggan tidak digalakkan melakukannya secara kerap.

“Paling ideal, ia dilakukan tiga bulan sekali. Jika terlalu kerap, lendir belum banyak terkumpul. Dikhuatiri proses pembersihan tersebut akan memedihkan rongga hidung pula,” ujarnya yang belajar mengendalikan rawatan gurah daripada seorang pakar gurah di Pahang.

Biarpun kaedah rawatan ini nampak mudah, Muhammad Razali tidak menggalakkan pelangannya melakukan proses pembersihan lendir ini sendirian di rumah.

“Jika tidak kena teknik memasukkan air rebusan kayu itu tadi, mungkin rawatan ini tidak menjadi,” katanya yang menyediakan rawatan untuk pesakit lelaki sahaja.

Untuk mendapatkan rawatan ini sila rujuk CAWANGAN KAMI...

Tuesday 5 January 2016

SIMPTOM-SIMPTOM RESDUNG

Image result for simptom resdung

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini penyakit resdung boleh diubati dengan efektif dengan kaedah gurah. Petanda individu tersebut terkena resdung ialah kerap selsema dan hidung meleleh, bersin setiap pagi/terkena habuk, nafas berbau, mata rabun, migrain, rambut gugur, jerawat dimuka/dada/bahu dan kerap gatal hidung/muka bila makan makanan laut.

Sunday 3 January 2016

KHASIAT RAWATAN GURAH

Image result for welldone

Khasiat rawatan gurah ini mampu menyembuhkan penyakit resdung, migrain, berkahak, selsema, asma, susah tidur, berdengkur dan meringankan/melunakkan suara.

Friday 1 January 2016

PANTANG LARANG SELEPAS RAWATAN GURAH

Image result for minuman sejuk ais

Pelanggan disyorkan untuk tidak mengambil makanan / minuman yang terlalu sejuk/berais, terlalu pedas dan terlalu panas selama seminggu bagi mendapat kesembuhan yang maksimum. Juga digalakkan untuk kurangkan pengambilan makanan berlaut, daging dan ayam.

Wednesday 30 December 2015

KEKERAPAN RAWATAN GURAH DILAKUKAN...

Image result for set appointment
Pelanggan disyorkan menjalani rawatan ini 3 bulan sekali secara konsisten demi menjaga kualiti suara anda dan juga kebersihan rongga hidung dan rongga kerongkong terpelihara bersih dari kuman/kahak.

Monday 28 December 2015

KELEBIHAN SABUN RESDUNG


SABUN RESDUNG (RM10/pcs) boleh digunakan sebagai pencuci muka setiap hari.  Kebaikkan sabun resdung ini ialah:-

  • merawat resdung
  • menghilangkan gatal-gatal pada muka akibat resdung
  • menghilangkan jeragat pada muka
  • merawat dan menghilangkan jerawat
  • melegakan hidung tersumbat akibat resdung dan simptom-simptomnya

Saturday 26 December 2015

TUNJUK LANGIT PENAWAR RESDUNG


Kapsul Tunjuk Langit mempunyai pelbagai jenis kebaikkan dan kesembuhan.  Antaranya penyakit resdung. Amalkan makan 1 biji pagi dan 1 biji malam ketika perut kosong setiap hari. Sebotol hanya RM25.

Thursday 24 December 2015

MAKANAN PUNCA PELBAGAI PENYAKIT

Image result for BATUK KERING

Kawallah cara pemakanan anda, cara pengambilan makanan anda dan tabiat pemakanan anda. Amalkan cara makan sihat seperti cara Sunnah Rasulullah SAW.  Inn Shaa Allah baru penyakit kurang mendekati diri kita.

Tuesday 22 December 2015

MENCEGAH BATUK KERING DAN BATUK BASAH

Image result for BATUK KERING

Rawatan Gurah mampu mencegah dan menyembuhkan penyakit seperti sesak nafas, batuk kering, batuk basah, brochitis, iritasi paru-paru.  Anda digalakkan untuk buat rawatan secara istiqomah dan berjadual.

Sunday 20 December 2015

GURAH UNTUK CAIRKAN LENDIR DAN KAHAK

Image result for paru-paru berlendir

Rawatan gurah bertujuan untuk mencairkan sebanyak yang boleh lendir atau kahak yang terdapat di dalam rongga dada/par u-paru dan rongga saluran pernafasan.

Friday 18 December 2015

SAKIT BAHAGIAN LAMBUNG, GANGGUAN SALURAN PERNAFASAN DAN SALURAN PENCERNAAN

Image result for lambung

Sekiranya anda mempunyai masalah di bahagian lambung, gangguan saluran pernafasan dan saluran pencernaan buatlah rawatan gurah dan berbekamlah untuk kesembuhan.  Inn Shaa Allah...